Aku dah cakap!
Tuesday, June 12, 2007
Cinta itu ibarat candu ...lazatnya hanya sementara ...
menyasyikkan dan mengkhayalkan .... menyebabkan manusia hilang kawalan terhadap dirinya .........
Realiti nya dunia ada panas, sejuk, dingin, panas.....
begitu gak dgn kehidupan ini ada masa gembira ..sedih .. ceria ..pilu
&faded to grey at 9:49 AM♥
Just one last dance
Just one last dance....oh baby...just one last dance
We meet in the night in the Spanish café
I look in your eyes just don't know what to say
It feels like I'm drowning in salty water
A few hours left 'til the sun's gonna rise
tomorrow will come an it's time to realize
our love has finished forever
how I wish to come with you (wish to come with you)
how I wish we make it through
Chorus:
Just one last dance
before we say goodbye
when we sway and turn round and round and round
it's like the first time
Just one more chance
hold me tight and keep me warm
cause the night is getting cold
and I don't know where I belong
Just one last dance
The wine and the lights and the Spanish guitar
I'll never forget how romantic they are
but I know, tomorrow I'll lose the one I love
There's no way to come with you
it's the only thing to do
Chorus 3x (until fade)
Just one last dance, just one more chance, just one last dance
Tetiba terasa sedih dgr lagu ni ............. sebak ...sebak
&faded to grey at 9:35 AM♥
REDLINE............
Saturday, April 28, 2007

Citer ni nampak best gak ... nampak citernya lebih kurang Fast n Furious aje .... aksi gak ler ... suka citer racing ni ...
&faded to grey at 8:50 PM♥
Mengejar Impian ....
Dalam mengejar impian ...kekadang memerlukan pengorbanan, kekadang manusia hilang pertimbangan dalam mengejar impian .... atau setiap impian memang perlu ada pengorbanan .... ??? Bukankah impian ni berasal dari mimpi .... mimpi bermula dari dari tidur .....
Apakah impian kita ... anda ... menjadi boss ... atau pengurus syarikat ... atau pemimpin negara ....
dulu ... kalo kita pekerja biasa ... kemudian dinaikkan pangkat sebagai penyelia ... ketika itu kita mula berubah ...demi memenuhi impian sebagai penyelia ..tentu kena ikut pihak atasan lagi ... mula menjauhi dgn rakan2 bawahan kita yg lain ... itu lah dinamakan ...impian memerlukan pengorbanan .....
Impian pemimpin lah yg paling berbahaya .... impian yg tinggi .... seperti hendak menakluki dunia menyebabkan rakyat yg tanggung derita ... derita peperangan ... derita memenuhi impian pemimpin ...
Sama2 lah kita memikirkan impian kita ni ......
&faded to grey at 8:26 PM♥
Cinta itu.............
Cinta ibarat menghisap candu ....
Semua nampak indah belaka .....
Jgn biarkan ia hanyut dan khayal .....
Ketagihan berlebihan membawa mudarat ........
Sekali terjerumus .... susah hendak berpatah balik .....
&faded to grey at 8:21 PM♥
Kesederhanaan
Saturday, April 21, 2007
Kita lihat dunia sekarang ni ..banyak org yg menurut kehendak syahwat ... banyak melakukan angkara semata-mata hendak memenuhi tuntutan nafsu, membelakangkan agama, bangsa & negara.. tak peduli hinaan org atau kutukan tuhan ..n akan menjadikannya berada di lembah yg hina ...
Tetapi gak, ada org yg sanggup membelakangkan kehendak syahwatnya... iaitu tak memakan makanan yg enak kerana hendak mencari wang, tak memakai pakaian yg cantik2 dan bagus walaupun mampu ..bahkan enggan beristeri maka rosak lah hidupnya kerana tak kenal erti kehidupan kerana sengaja mengazabkan dirinya ...
Jalan manakah yg harus kita pilih .. antara kedua-dua tu...
Jawab nya jalan kesederhanaan lah yg paling sesuai ...pilih yg ditengah-tengah...
jika kaya dan banyak wang tu... ingat-ingatlah mereka yg kesusahan ...
Sesetengah org fikir , kita tak perlu mengikut nafsu ...sedangkan Tuhan mengurniakan nafsu kepada manusia supaya menggunakan tempat yg betul... kekadang sifat2 manusia tu lebih dari malaikat .... kesederhaan itu bukan hanya terletak pada bentuk yg lahir ajer iaitu ditujukan kepada yg kaya atau yg miskin tetapi pada niat dan tujuan seseorg itu ....
Dunia ni sebagai jalan utk ke Akhirat ... jika meninggalkan dunia ..bagaimana kita nak berjalan di akhirat kelak...
Keseherhanaan dalam agamalah yg paling penting ...
terutama sekali dalam ibadat kita ....Ada terjadi di mana para sahabat Nabi hendak mengawal syahwatnya lantaran hendak beribadat sehingga tanak beristeri, puasa terus-menerus, sembahyang sepanjang malam ... tetapi hal ni sampai kepada Rasullulah , tapi Rasullulah melarang perbuatan itu ... dan menyuruh para sahabat menunaikan ibadat kepada Allah, dan menunaikan tanggungjawab terhadap sendiri, keluarga & org lain ...
Sebab agama sendiri telah memilih jalan yg sederhana dalam masalah kita di dunia dan akhirat ... menyuruh kita supaya " istiqamah" ( tegak lurus di tengah-tengah ) dan "i'tidaal " ( sama berat )...
&faded to grey at 9:37 PM♥
Shooter

Esok nak tengok citer Shooter, nampak aksinya best gak .....
walau pun hero tak berapa kenal .... janji biarlah jalan citer tu memuaskan dan tak rugi membeli tiket panggung wayang ....
&faded to grey at 9:20 PM♥
Kau dan Aku
Tuesday, June 20, 2006
Bahagia saat kita duduk di pendapa, kau dan aku,
Dua sosok dua tubuh namun hanya satu jiwa, kau dan aku.
Harum semak dan nyanyi burung menebarkan kehidupan
Pada saat kita memasuki taman, kau dan aku.
Bintang-bintang yang beredar sengaja menatap kita lama-lama;
Bagai bulan kita bagikan cahaya terang bagi mereka.
Kau dan aku, yang tak terpisahkan lagi, menyatu dalam nikmat tertinggi,
Bebas dari cakap orang, kau dan aku.
Semua burung yang terbang di langit mengidap iri
Lantaran kita tertawa-tawa riang sekali, kau dan aku.
Sungguh ajaib, kau dan aku, yang duduk bersama di sudut rahasia,
Pada saat yang sama berada di Iraq dan Khorasan, kau dan aku.
Terjemahan Puisi Maulana Jalaluddin Rumi
&faded to grey at 6:43 AM♥
Kambing Berlutut - Nasihat dari Rumi
Monday, June 19, 2006
Batin manusia seperti rimba. Kadang-kadang serigala berkuasa, terkadang babi-babi liar. Berhati-hatilah ketika kamu bernafas.
Sekali waktu sifat yang lembut dan pemurah bagaikan Yusuf, berganti menjadi sifat yang lain. Pada waktu yang lain, sifat-sifat yang jahat bergerak secara tersembunyi.
Kearifan bergeser sejenak menjadi sapi! Kuda yang meradang dan membangkang tiba-tiba menjadi tunduk dan patuh. Beruang mulai menari, kambing berlutut!
Kesadaran manusia berubah menjadi anjing, dan anjing menjadi gembala, atau pemburu. Di Gua Ashabul Kahfi, bahkan anjing pun menjadi pencari makrifat.
Setiap saat, makhluk baru bangkit di dalam dada –kadang setan, kadang malaikat, kadang binatang buas. Bahkan di rimba yang menakjubkan ini ada mereka yang dapat menyerapmu ke dalam kepasrahan mereka sendiri. Jika kamu harus mencuri sesuatu, curilah dari mereka. (Matsnawi II:1416-1429)Maulana Jalaluddin Rumi
&faded to grey at 8:03 AM♥
Ulama Dan Serban
Thursday, June 15, 2006

Seorg ulamak bernama Nuruddin Khoja yang berserban dan berjubah pergi ke sebuah kampung dengan keldainya .. melalui org2 kampung mengalu-alukan kedatangan dengan melaungkan " ulamak...ulamak ..ulamak sudah datang, mari kita belajar darinya" Nuruddin pun hairan lalu bertanya " mana kamu semua tahu yang aku ini ulamak?" org kampung itu menjawab, " daripada serban dan jubah yang kamu (maklum ler sunnah Nabi)." Lalu Nuruddin membuang serban dan jubah dan memakai pada keldainya sambil berkata " ayuh, belajarlah dari keldai ini"
Org kampung kehairan dan bertanya " mengapa kami perlu belajar dari keldai ini?' Nuruddin secara selamba menjawab ," bukankah kamu semua beranggapan bahawa aku seorg ulamak hanya kerana aku berserban dan berjubah'?
&faded to grey at 11:28 PM♥
Bayazid Al-Busthami

Bayazid Al-Busthami, yang ulama sufi yang terkenal, Bayazid juga adalah pengajar tasawuf.
Suatu hari, muridnya itu mengadu kepada Bayazid, "Tuan Guru, saya sudah beribadat tiga puluh tahun lamanya. Saya solat setiap malam dan puasa setiap hari, tapi anehnya, saya belum mengalami pengalaman ruhani yang Tuan Guru ceritakan. Saya tak pernah saksikan apa pun yang Tuan gambarkan."
Bayazid menjawab, "Sekiranya kau beribadat selama tiga ratus tahun pun, kau takkan mencapai satu butir pun debu mukasyafah dalam hidupmu."
Murid itu hairan, "Mengapa, ya Tuan Guru?"
"Kerana kau tertutup oleh dirimu," jawab Bayazid.
"Bolehkah kau mengubati aku agar hijab itu tersingkap?" pinta sang murid.
"Boleh," ucap Bayazid, "tapi kau takkan dapat melakukannya."
"Tentu saja akan aku mahu lakukan," sanggah murid itu.
"Baiklah kalau begitu," kata Bayazid, "sekarang tanggalkan pakaianmu. Sebagai gantinya, pakailah baju yang lusuh, sobek, dan compang-camping. Gantungkan di lehermu kantung berisi kacang. Pergilah kau ke pasar, kumpulkan sebanyak mungkin anak-anak kecil di sana. Katakan pada mereka, "Hai anak-anak, barangsiapa di antara kalian yang mahu menampar aku satu kali, aku beri satu kantung kacang." Lalu datangilah tempat di mana jamaah kamu sering mengagumimu. Katakan juga pada mereka, "Siapa yang mahu menampar mukaku, aku beri satu kantung kacang!"
"Subhanallah, masya Allah, lailahailallah," kata murid itu terkejut.
Bayazid berkata, "Jika kalimat-kalimat suci itu diucapkan oleh orang kafir, ia berubah menjadi mukmin. Tapi kalau kalimat itu diucapkan oleh seorang sepertimu, kau berubah dari mukmin menjadi kafir."
Murid itu kehairanan, "Mengapa boleh jadi begitu?"
Bayazid menjawab, "Kerana kelihatannya kau sedang memuji Allah, padahal sebenarnya kau sedang memuji dirimu. Ketika kau katakan: Tuhan mahasuci, seakan-akan kau mensucikan Tuhan padahal kau menonjolkan kesucian dirimu."
"Kalau begitu," murid itu kembali meminta, "berilah saya nasihat lain."
Bayazid menjawab, "Bukankah aku sudah bilang, kau takkan mampu melakukannya!"
&faded to grey at 8:40 PM♥
The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006)
Tuesday, June 13, 2006

Satu cerita yang di tunggu-tunggu oleh aku, harap puas hati ler dari part 2 tu
tetapi pelakonnya orang lain bukannya orang yang sama, harap lebih aksi sikit ler
&faded to grey at 9:01 PM♥
Ummah Centric
Satu pemikiran baru muncul dalam istilah terkini, sebenarnya benda ni dah lama cuma diperbaharui aje, ummah centric tak berpegang kepada mana-mana jamaah lebih tepat kita tengok kepada mazhad atau puak. Tetapi berpegang kepada kesatuan umat tanpa mengira jamaah ia lebih kepada jamaah yg besar. Ada menyokong dan ada yang menentang dengan alasan masing-masing. Siapa yang untung dalam pemikiran baru ini sebenarnya..............
&faded to grey at 8:44 PM♥